20 August 2011

Adooyyhai!

Assalamualaikum w.b.t ,
Jari-jemari ini sedang menaip dalam minggu Exam.
Tapi apa nak buat, nafsu nak ber'internet' sangat tinggi.
Jadi, sepanjang minggu ni ada Exam TRIAL SPM..
HUH!!!!!!!!! (satu keluhan yang sangat panjang)
Menandakan kesusahan exam tersebut... Botak kepala dibuatnya.
Baca Last Minute


BM, BI , Tassawur, Sejarah, Maths dan PAI dah habis..
Skrg tinggal ADDMATHS, PHYSICS, CHEMISTRY, BIOLOGY,,
Grrrr.... Subjek elektif...
Hope dpt study well before sitting for the coming exams.


HARAP DAPAT MARKAH YANG BAIK UNTUK SEMUA SUBJEK. TOLONG DOAKAN KEJAYAAN SAYA,,, AMIN...

INFORMAL ISSUES

Petang Jumaat , aku dengan mak+bapak aku pergi Jusco , nak beli baju+persiapan untuk AIDILFITRI. Al maklumla,, satu bende pun tak ready lagi.. so kene prepare sikit demi sdikit.
Sambil2 diorang beli-belah , aku pergi kat area games arena kat jusco tu. Beli 3 tokens
lepas tu nampak permainan yg menarik (mcm 3d scene) .. aku pun dengan bangganya masuk 2 token.. tapi bende tu tak nak start.. Rupa-rupanya, setelah aku perhati btul-btul, permainan tu kene guna 4 tokens.Walhal aku cuma ada 3 tokens je.. Aku try redeem balik 2 tokens aku.. tapi tak boleh. Aku tendang2 mesin duit tu (bukan vandalisme tapi 'marah'lisme) ..."Ceh tak guna" .. so tinggal 1 token je... aku pun main game yg prlukan satu token.. HATI TAK PUAS;.. KEPALA DAH PANAS..... Grrr.. Sabar je la.... Bulan puasa~~ :)
Tapi last2 dpt gak manfaat sbb bapak aku blanja bukak puasa (Take-away) kenny roasters.. Delicious~
So, that's all for today folks...
Assalamualaikum, bye...
Terima kasih kerana sudi mendengar ceramah daripada En. moha-mohu

Syukran 'ala kulli haal. From your friend, moha_mohu

12 August 2011

Unavailability

Assalamualaikum,
Aku akan menduduki Trial Exam SPM
15 OGOS 2011 - 25 OGOS 2011.
Tolong doakan kejayaan aku dan kawan kawan .
Supaya kami dikurniakan
  • Ingatan yang kuat

  • Kesabaran yang tinggi

  • Ketabahan menjawab soalan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini

  • Kesihatan yang sempurna sepanjang peperiksaan ini.


Semoga kami dapat lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ni.
Sekian, Wassalam.

Syukran 'ala kulli haal. From your friend, moha_mohu

4 August 2011

Sebiji Kurma, Hayati Bersama

Assalamualaikum,
Sambil tunggu nak buka puasa ni.. aku nak berkongsi maklumat sedikit, ..
Ni, ada sedikit informasi yang aku jumpa daripada blog PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKTTJ .

TAZKIRAH RAMADHAN : PN. RAFEAH YUSOF



TAHUKAH ANDA?

Keistimewaan  bulan Ramadhan dan peristiwa  besar berlaku di dalamnya:

*Bulan diturunkan kitab al-Quran .
*Satu-satunya nama bulan disebut dalam  Al-Quran.
*Kemenangan muslimin dalam  
  Peperangan Badar.      
*Kejayaan pembukaan Kota Mekah
*Berlakunya Malam Lailatul Qadar.
*Nabi Muhammad diangkat menjadi rasul.
*Bulan rahmat untuk orang soleh.
*Pintu syurga dibuka
*Pintu neraka ditutup
*Penebus dosa-dosa hamba hingga  Ramadhan tahun berikutnya.

Perkara yang perlu diingat dan dibuat dalam dakapan Ramadhan:

1.Memelihara solat fardhu
2.Memelihara adab dan akhlak sesama manusia.
3.Memelihara lidah  dari percakapan sia-sia walaupun  untuk gurau senda.
4.Jangan terlalu banyak tidur di siang hari.
5.Tidak menonton rancangan TV yang mengurangkan pahala puasa dan banyakkan membaca al-Quran atau tadarus al-Quran.
6.Banyakkan sedekah kepada golongan yang memerlukan.
7.Elakkan pembaziran  ketika berbuka dan bersahur.
8.Berusaha mendapatkan malam Lailatul Qadar.
9.Malam 1 hingga 10 Ramadhan  menagih  rahmat Allah.
10.Malam 11 hingga 20 Ramadhan merayu keampunan Allah.
11. Malam 21 hingga 30 Ramadhan  dambakan syurga Allah dan berlindunglah dari neraka Allah.
12.Impikan bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan.

Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah sunat yang mengiringi Ramadhan al-Mubarak untuk semua warga muslim muslimah SMKTTJ ,semoga  dikurniakan limpahan rahmat dan keberkatan.Mudah-mudahan apabila keluar dari Universiti Ramadhan,anda adalah graduan yang memiliki ijazah taqwa.

So, kene la kurangkan entertainment utk menerima PAYMENT pahala . :)
By the way, blog ni dah tukar title

A MUGGLE STORY ----> Unavailability


Salam
Ramadhan.
Jom tingkatkan amal ibadah pada bulan yang mulia ini.

















TERIMA KASIH KERANA SUDI MENDENGAR CERAMAH DARIPADA 
EN MOHA MOHU

Syukran 'ala kulli haal. From your friend, moha_mohu