12 December 2011

Cuti Ni Aku Buat Apa?

Assalamualaikum w.b.t ,
Sihat? Dah makan? Makan apa? hahaha(mangkuk, tanya soalan2 mcm tu) :P

Hehe, pagi yang sungguh nyaman ni, kwsn prumahan aku sngt sunyi sepi.. Ye la kan.. jiran2 pegi bekerja and ada hal masing2.. Aku tak da kerja dalam kedinginan pagi ni,,, so online lah kat ruang tamu... saja nak cerita skit plan aktiviti aku selepas SPM berakhir 30 Nov 2011 yg lalu (ingat lagi tarikhnya ! :P) ...
Plan2nya ialah ;
  • Ambik lesen memandu (Motor+Kereta) dgn sepupu aku
    • Bayaran, RM 950 , latihan memandu (10 Jam)
    • 7 Disember 2011 harituh, kitaorg (aku dan sepupu aku, Irwan) dah hadiri kursus KPP (Kurikulum pendidikan Pemandu) yang sangat mmbosankan...
    • Esok, 13 Disember 2011, aku akan menduduki peperiksaan bertulis yang dikenali sebagai Ujian Komputer.... Huh,,, wujudlah pulak peperiksaan2 baru selepas aku baru nak menikmati kemerdekaan daripada cengkaman buku... 
    • Untuk Ujian Komputer aku masih belum prepare apa2.. pagi ni baru nak tengok buku2 yg diberi (jangan contohi aksi ini) Aku memang suka baca last2 minute,,, Time SPM pun aku buat camtu jugak.... sbb bagi aku bile baca last2 minute memang senang ingat (Hanafi, dah2 xyah nak berleter lagi pasal cara kau belajar, kau bukannya bagus pun).
  • Pergi kelas English untuk communication (Al maklumla, lidah aku ni akan berbelit-belit bila nak speaking).
    • Parent aku faham akan kelemahan aku dalam berkomunikasi menggunakan bahasa asing tu, jadi diorang hantar aku ke kelas english ni.. Dah start dah Isnin lepas ( 5 Disember 2011)..
    • Location : di Taman Bukit Emas, Seremban, N9. Bayaran : RM1800 Tempoh Kelas : 96 jam
    • RM1800???? O.o Kenapa kosnya tinggi? Sbb bayaran tu meliputi kos untuk pengambilan ujian IELTS(bapak  aku yang paksa) :P ,,, takpe la,... aku buat apa yang terbaik untuk diri aku...
    • Cikgu nya, cikgu Cina yang bernama Mr. Wang (bukan duit)... Dia seorang cikgu yang okay, ttapi kuat membebel(cerita pasal kisah silam die) .... So, aku angguk2 je la bila die membebel :P
    • Tapi Kelas die memang best, belajar english One-to-one dengan die.
  •  Nak masuk pertandingan2 Catur kat negeri sembilan ni.
    • Semalam (Ahad 11 Disember 2011) aku dan parents dh pergi daftar untuk pertandingan catur Piala MB N9 yg akan diadakan kat Seremban Parade.....
    • Aku masuk kategori acara catur terbuka (tak kira peringkat umur) ... 8 Januari 2012..
Simple cakap, cuti ni rasa mcm x cuti... Penuh saja dgn aktivti dn ujian2 :D ... By hook or by crook,  semua yang dirancang ini harap dapat memberi kebaikan buat diri aku...
Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah SWT lah yang menentukannya..

Korang pulak buat apa time cuti ni ? Hope korang enjoy cuti korg,, That's all ,, Bye :D

    Syukran 'ala kulli haal. From your friend, moha_mohu

    10 comments:

    1. wahhh..bnyk nye aktiviti..seronok lah habis exam cepat.. tak habis lagi.. :(

      #btw,follow u..!

      ReplyDelete
    2. @sweet_sour ooo tak habis lagi,, Good luck tau untuk exam~~ ... Habis exam cepat pun buatkan ras rindu kat alam persekolahan semakin membuak-buak~~.. Thnx follow~

      ReplyDelete
    3. ok la tu... cuti xboring...hehe... ade aktiviti...

      ReplyDelete
    4. @mumui Ye tak ye jugak kkan.. daripada time cuti ni xbuat apa2.. nasib baik ade aktiviti2 skit... huhuhu

      ReplyDelete
    5. Assalam Yana ada buat review khas untuk awk..
      http://almiraalwani.blogspot.com/2011/12/review-khas-follower-ke-200.html

      ReplyDelete
    6. cuti kalau tak buat apa2 lagi bosan...ni ada aktiviti nak dibuat..best la...hee~

      ReplyDelete
    7. @yana
      Wahhh!!! Terima kasih bnyk2... Rase special la plak (hehehe, peraqsan jap ) :D

      ReplyDelete
    8. @Ezad Skytech
      hahaha~ btul gak tu.. Aku xdpt bygkan kalau duduk kat rumah je.. menembamkan badan yg sudah gemuk ni... XD

      ReplyDelete