5 January 2012

Aku tak berkenan dengan orang yang mcm ni..

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni aku nak senaraikan ...... 

Jenis2 orang yang aku kurang berkenan... ;
  • Bila org ni lwat blog aku dia akan cakap, "meh la follow blog saya yang cute,cantik,gorgeous".,,eugh.. Kalau setakat nak follower smpai berjuta-juta tapi blog x diupdate , buat apa nak follow kan? Lagi2 kalau dpt blog org tu loading lmbt nak mampus,  kura-kura pun tergelak kalau tengok kelambatan blog die...
  • Di fb, apabila orang tegur je die mesti melenting x tentu pasal.. Tergedik-gedik mcm belut dalam genggaman.. Ditambah pula dengan bahasa2nya yg meremangkan bulu ketiak ... Lepas tu asyik perasan diri tu vogue,femes, ayu/hensem benar!..hish..
  • Orang yg berpakaian xcukup kain (especially pompuan muslim) .. Rasa nak bagi pelepah pisang je sbb nak suroh diorg balut mana2 yg terdedah.... Time sekolah mesti ada belajar batas2 aurat dalam subjek agama kan?? Kenapa xnak praktikkan??.... Dah tahu tutup aurat satu kewajipan,, tapi tetap diremeh-remehkan... Kalau setakat nama je Islamic tapi perangai/tabiat/kelakuan mcm org kapir (mgalahkan artis eropah) .... macam mana org  agama lain nak tertarik dgn islam.. Kat facebook jugak diorg selamba je post gambar2 yg sememangnya menjolok mata... Kalau gambar tu dapat kat tangan yg salah,, silap2 hari bulan gmbar tu boleh jadi lebih membutakan mata...
  • Orang yang cakp sekali xnak dengar.. Degil tahap kronik(Masuk ICU pun kene reject)... Tak tau la berapa tebal lapisan simen kat otak die smpai segala nasihat yg org beri xnak dengar...Rasa nak bagi penumbuk free je kat org ni.... Hanya pikir diri dia seorg sahaja yg bagus... Padahal xbagus pun.. hampeh!
  • Buat copyright kat tutorial dalam blog die (khususnya sesiapa yg buat tutorial, padahal copy paste dari org lain) ... Bagi yg buat sendiri tu alhamdulillah, aku xnafikan.. tapi bagi makhluk yang copy tutorial drpd org lain dan mengaku die yg buat tutorial tu (siap minta nama dia dikreditkan lagi,kalau nak copy)..
  • Blogger yg buat disable right click bernotification... Sakit ati je baca notification die!!!! "Haip!! xmo kopi2,,, teh takpa .. hahahahah" Rasa nak bagi flying kick je!! 
  • pengguna facebook yg rajin mengelike,, smpai setiap ayat yg kita komen dia like... Last2 dapatlah notifications 143 .... dan yg bagusnya semua notifications tu hasil kerja penge'like'... 
  • Org yg suka tiru gaya org lain... Xkisah la gaya apa2 pun.. gaya tulisan, gaya bercakap... Semua habis dia tiru.. Mcm mana lah dia ambik exam kat sekolah.. agaknya tu pun die meniru agaknya XD
Ermm.... Terase ker?? tak kan??? Sebab xtertulis pun nama2 sesiapa kat sini... So renung2kan.. kalau aku ade buat silap tolong betulkan ya.. sebab aku pun bukannya sempurna....Pasti ada kekurangan.... Kata org dulu2, Nobody's perfect... Tapi kita kene berusaha untuk jadi sempurna...
"Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul "

Ok bye..






Syukran 'ala kulli haal. From your friend, moha_mohu

4 comments:

  1. Saya tak suka juga org yang disable right click lepas tu ada notification. Dia cam bajet kita nak copy entri dia sgt. Sebenarnya kita nak baca entri dia yang lama2 dulu. Nak right click, open in new tab, tapi terus turn off!

    ReplyDelete
  2. Btul2!.. Menyusahkan hidup orang ...

    ReplyDelete
  3. hahaha...byknye pantang larang die..

    ReplyDelete
  4. terbaiklah entry ni,i like ! xD

    ReplyDelete