10 January 2012

Apa akan jadi jika...

Assalamualaikum w.b.t,
hari aku nak kongsi satu bicara untuk renungan kita bersama :D


APA AKAN JADI JIKA.....
Kita tiada mata untuk melihat??? 
Sudah tentu kita tidak dapat membaca entry ini, tidak dapat ber'facebook', tidak dapat make-up tebal2(bagi perempuan), akan kuranglah dosa melihat aurat orang lain.
 

APA AKAN JADI JIKA.....
Kita tiada tidak mempunyai telinga untuk mendengar??
Sudah tentu kita tidak dapat mendengar muzik2 yang melalaikan,
tidak dapat mendengar fitnah/tohmahan orang,
kita akan berada dalam kesunyian.
 APA AKAN JADI JIKA.....
 Kita tiada tangan dan kaki untuk bergerak?
Sudah tentu kita tidak akan pergi ke tempat-tempat maksiat,
kita tidak akan memegang benda-benda yang tak patut dipegang,




 



 Terdapat kemaslahatan mahupun keburukan disebalik kemungkinan-kemungkinan tersebut. Allah SWT telah mengurniakan semuanya kepada kita... bersyukurlah, kita masih diberi pinjam kurniaan-kurniaanya yang amat bernilai.





 
 Jadi gunakanlah....
Mata yang diberi 
untuk mendalami ilmu keduniaan dan ilmu keakhiratan,
untuk membaca dan menghayati ayat-ayat Al-Quran(Kalam Allah yang Qadim)



Jadi gunakanlah....
Telinga yang diberi 
untuk memperolehi ilmu,
untuk mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran,
mendengar dan menyahut seruan azan,





Jadi gunakanlah....
tangan dan kaki yang diberi,
untuk beribadah kepada Allah SWT,
untuk berwirid kepada Allah SWT,
untuk pergi ke masjid bagi solat berjemaah.




Berpesan-pesanlah sesama kita 
agar tiada yang lalai,
agar tiada yang alpa,
agar tiada yang lupa,
agar tiada yang leka,
dibuai mimpi indah semata-mata,
angkara syaitan dan iblis yang tidak pernah berputus asa.. 



MAAF KALAU ADA KESILAPAN DALAM PENULISAN AKU NI,(tolong betulkan)
KERANA AKU  REMAJA YANG HANYA MERUPAKAN INSAN BIASA, 
TIDAK BERUPAYA MENJADI SESEMPURNA BAGINDA RASULULLAH S.A.W, 
TETAPI MASIH BERUSAHA UNTUK MENJADI SEMPURNA.


Itu sahaja, bicara untuk hari ini :D,
  
 




Syukran 'ala kulli haal. From your friend, moha_mohu

0 ,581 mengulas:

Post a Comment