27 January 2012

Countdown to 12 Rabiulawal ...

Assalamualaikum w.b.t,
12 Rabiulawal? "Kenapa dengan tarikh tu?"
Aku tak heran kalau yang non-muslim menanyakan soalan tersebut.. Tapi yang aku herankan ialah apabila makhluk yang bergelar muslim menanyakan soalan tu...Astagfirullah...

12 Rabiulawal(20 April 571M) merupakan tarikh kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.. Nabi kita....
Bagaimana nak pohon syafaat nabi kalau kita tak tahu tentang nabi...?
Hari ni aku nak kongsi dengan korang tentang satu amalan sunat sempena Rabiul Awal ni...



كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang 
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia,
(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik 
dan melarang daripada segala perkara 
yang salah (buruk dan keji),
  serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). 
(Surah Ali `Imran: 110)


Amalan sempena Rabiul Awal
  • Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.Firman Allah (s.w.t)
    إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
    Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.
    [Al-Ahzab: 56]





SELAWAT-SELAWAT

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahima wa’ali ibrahim, innaka hamidun majid, wabarik `ala muhammadin wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa’ali ibrahim, innaka hamidun majid
Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia. Dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Allahumma salli `ala muhammadini n-nabiyyi l-ummiyyi wa`ala ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahima wa `ala ali ibrahim, wabarik `ala muhammadini n-nabiyyi l-ummiyyi wa`ala ali muhammad, kama barakta `ala ibrahima wa`ala ali ibrahim, innaka hamidun majid
Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim.  Dan berilah berkat kepada Muhammad, Nabi yang ummi dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.



"SEBAIK-BAIK SELAWAT ADALAH SELAWAT YANG IKHLAS"

Apa lagi jom berselawat,
Jangan asyik hafal lirik lagu WonderPets sahaja, lebih baik berselawat kerana kita dapat ganjaran pahala :)
Ok, Itu sahaja yang dapat aku kongsikan bersama..
Bye...  :D

Mana-mana yang salah tolong betulkan,
Mana-mana yang kurang tolong penuhkan,
Mana-mana yang rosak tolong perbaikkan
Mana-mana yang berlubang tolong tampalkan,
Ianya hanyalah hasil coretan hamba-hamba Allah SWT yang tidak sesempurna baginda Rasulullah SAW.

Syukran 'ala kulli haal. From your friend, moha_mohu

0 ,581 mengulas:

Post a Comment