13 January 2012

Segmen Islam Itu Indah, I Love Islam

Assalamualaikum w.b.t,
Di saat matahari mula mengundurkan diri pada senja ini, aku ingin berkongsi dengan korang satu Segmen yang dianjurkan oleh Wan Hazel [mustahil korang tak kenal :D Blognya kaya dengan tutorials yang aku ikuti untuk bina blog ni ] Bawah ni merupakan banner Segmen tersebut.. Jom la join , it's free .Klik banner untuk join.


الإسلامal-ʾislām (dengar)   merupakan agamaku, Agama yang bersifat lengkap(PERFECT-Syumul), sesuai untuk semua golongan (Sesuai untuk semua orang tak kira warna kulit dan bangsa), tiada unsur penindasan, dan tiada unsur kesesatan.... 

Nak tau keadaan Islam kat negara ni sekarang? Xyah susah2 , cuba pergi belek-belek kat Facebook. Cuba tengok berapa banyak perempuan islam yang tayangkan gambar free hair, gambar dedah bahagian2 tersirat....?  Ya, ya, ya.. mesti ada antara perempuan tu yang akan jawab kat soalan ni "Suka ati aku lah, aku nak pakai tudung ke x? Aku yg dapat dosa, kau tak susah apa2kan?" Lazim betul jawapan ni terpacul keluar daripada mulut diorang,, Agak mendukacitakan apabila aku melihat kebanyakan wanita yang pakai tudung seolah-olah xde rasa malu dengan Allah SWT.. JANGAN HANYA SEKADAR BERTOPENGKAN NAMA-NAMA ISLAM YANG MULIA TAPI GAYA HIDUP MENGALAHKAN ORANG KAFIR BARAT... Aku bukan nak kutuk, cuma nak tegur.. Insaflah... Aurat tu merupakan sebahagian daripada FITRAH(sifat semula jadi) manusia yang perlu dipelihara.. Sebab apa aku nak sibuk2 nasihat korang? Sebab korang merupakan saudara seislam aku yang menjadi khaliah di bumi ini... Selain itu, aku juga akan berdosa kalau melihat aurat korang... Hal ini untuk manfaat bersama, bukan untuk menegakkan benang-benang basah ...


Aku juga nak berikan amalan untuk korang AMALKAN (lakukan setiap hari)... 
  1. Setiap hari baca surah2 dalam Al Quran berikut.
  • Surah Al Waqiah (m.s 534)
  • Surah Al Mulk (m.s 562)
  • Surah As Sajjaddah (m.s 415)
  • Surah Yaasin (m.s 440) [ Hari Khamis dan Jumaat]
Pada awalnya memang korang akan rasa amalan ini sangat berat untuk dilaksanakan kerana banyak. Tapi percayalah, cuba korang amalkannya selama 21 hari BERTURUT-TURUT.. InsyaAllah korang akan dapat sedar perubahan berlaku...
                              2. Sentiasa berselawat ke atas nabi.. 
                      3. Jaga aurat, jaga maruah dan jaga harga diri.
                                           4. Jangan bangga diri, jangan bongkak, jangan riak dan jangan takbur apabila korang dapat kejayaan kerana ia merupakan ujian daripada Allah SWT.

Amalan-amalan ini juga baik dan digalakkan untuk diamalkan oleh para pelajar/penuntut yang menduduki peperiksaan. Kalau yang sudah habis exam tu, doakan lah agar hati para pemeriksa yang menyemak kertas korang lembut dan tenang agar mudah memberi markah kepada korang. Ingat Usaha-Doa-Tawakkal.. InsyaAllah, Allah SWT akan membantu mu. 

Akhirul Kalam, kalau aku ada tersalah bicara tolong betulkan, andai aku ada terkasar bahasa tolong maafkan.
Terima kasih, Itu sahaja, Bye

Syukran 'ala kulli haal. From your friend, moha_mohu

4 comments:

  1. Terima kasih ALLAH
    kerana menjadikan aku Islam,tanpa aku memintanya
    Semoga ALLAH memasukkan aku ke dalam syurga
    disaat aku memintanya....

    Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :

    “Berpeganglah dengan sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang terbimbing, gigitlah dengan gerahammu dan hati-hatilah kamu terhadap perkara yang baru kerana sesungguhnya setiap bid’ah itu adalah sesat.”

    (HR. Ahmad 4/126, At Tirmidzy 2676, Al Hakim 1/96, Al Baghawy 1/205 no. 102)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Semoga kita mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW. Amin...

      Delete
  2. bersyukur sesangat dilahirkan sebagai islam.. ^_^ alhamdulillah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul... Kita dilahirkan Islam sememangnya beruntung..

      Delete