2 January 2012

Tentang musuh kita yakni Syaitan!!

Assalamualaikum w.b.t (sambutlah kalimah sejahtera Islam yang masyhur ini)
Hari ni aku nak share satu topik yg aku jumpa dalam google search.Klik sini
Nasihat Penulis kepada para pembaca ...
"Sebelum kita mengkaji ciri-ciri tersebut, sekali lagi saya ingin menasihati para pembaca yang budiman sekalian agar:

 

  1. Tidak berpaling atau membantah ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah yang dikemukakan.
  2. Tidak menilainya dengan akal atau cuba menselarikannya kepada akal dengan alasan “ciri-ciri tersebut ialah kiasan (majaz) semata-mata.”
  3. Tidak bertanya, berfikir dan menokok tambah dari apa yang sedia dijelaskan oleh al-Qur’an dan hadis.  "
Mengenai Syaitan.. 

  • Ciri # 1: Syaitan memiliki kepala.
  • Ciri # 2: Syaitan memiliki dua tanduk.
  • Ciri # 3: Syaitan memiliki hati, mata dan telinga.
  • Ciri # 4: Syaitan memiliki suara.
  • Ciri # 5: Syaitan memiliki akal.
  • Ciri # 6: Syaitan ketawa.
  • Ciri # 7: Syaitan memiliki tangan dan jari.
  • Ciri # 8: Syaitan makan dan minum.
  • Ciri # 9: Syaitan membuang air kecil.
  • Ciri # 10: Syaitan memiliki keturunan.
  • Ciri # 11: Syaitan memiliki pasukan tenteranya.
  • Ciri # 12: Syaitan mencari tempat bermalam.
  • Ciri # 13: Syaitan dapat bergerak pantas.
  • Ciri # 14:  Syaitan dapat bergerak dalam badan manusia.
  • Ciri # 15: Syaitan dapat mempengaruhi manusia.
  • Ciri # 16: Syaitan dapat merasuk manusia.
  • Ciri # 17: Syaitan dapat mempengaruhi mimpi manusia.
  • Ciri # 17: Syaitan dapat beraktiviti.
  • Ciri # 19: Syaitan dapat ditangkap.
  • Ciri # 20: Syaitan memiliki waktu kegemaran.
  • Ciri # 21: Syaitan memiliki tempat kegemaran.
Jika syaitan berjaya memasuki rumah untuk bermalam, syaitan akan bermalam dalam hidung para penghuni rumah tersebut. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

 

إِذَا اسْتَيْقَظَ (أُرَاهُ أَحَدُكُمْ) مِنْ مَنَامِهِ فَتَوَضَّأَ

 

فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاَثًا فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيتُ عَلَى خَيْشُومِهِ.

 


Apabila seseorang kalian bangun dari tidurnya dan berwudhu’,


maka (sedutlah air ke dalam hidungnya dan)


hembuslah air itu keluar sebanyak tiga kali


kerana sesungguhnya syaitan bermalam di lubang hidung kalian.[19]

 







  • Tipu Daya # 1: Menakutkan Umat Islam.
  • Tipu Daya # 2: Memperindahkan Perkara Mungkar.
  • Tipu Daya # 3: Mempelbagai Jalan Kebenaran.
  • Tipu Daya # 4: Janji Dan Angan-Angan Kosong.
  • Tipu Daya # 5: Mengubah Ciptaan Allah.
  • Tipu Daya # 6: Menjadi Jurucakap Allah.
  • Tipu Daya # 7: Memberi Nasihat.






  • Strategi # 1: Ikhlas Dalam Beragama. Bukan hanya sekadar menunjuk-nunjuk dalam beragama.
  • Strategi # 2: Takut Kepada Allah kerana tiada yang maha berkuasa melainkanNya.
  • Strategi # 3: Jangan Mengikuti Syaitan kerana ianya menyesatkan kamu.
  • Strategi # 4: Solat dan laksana ibadat secara Berjamaah.
  • Strategi # 5: Zikir.
  • Strategi # 6: Amalkan Sunnah-Sunnah Rasul 

Kalau korang dah tahu tentang perkara ni, anggaplah ia sebagai peringatan, dan bagi yang belum tahu marilah kita sama-sama laksanakan amar makruf nahi mungkar bagi menjauhi makhluk yang sesat ni. Tepuk dada tanya iman, jangan tanya selera kerana selera datangnya daripada nafsu yang dikawal oleh syaitan. Terimalah apa yang baik walaupun ianya pahit sedangkan kerana kepahitan ubatlah penyakit-penyakit boleh dijauhi.. Renung-renungkanlah wahai hamba-hamba Allah SWT sekalian, para khalifah di muka bumi ni, InsyaAllah, kita dapat membentuk satu pertahanan dalam diri kita. 
Ok Bye.. Assalamualaikum..






Syukran 'ala kulli haal. From your friend, moha_mohu

0 ,581 mengulas:

Post a Comment