26 February 2012

T2I [ Travel To India]

Assalamualaikum w.b.t,



Dah lama x update blog ni... Rasa malas pun ade gak.... tapi bila dah bosan ni,, tak tahu apa nak buat lagi,, so menulis dalam blog ni je la......

6 Feb - 23 Feb lepas aku dan keluarga pergi melancong kat India,Naik Pesawat Air Asia
(ada promotion),,
Memang adventerous,, mcm2 yg kitaorang jumpa, tengok, rasa...
huh... Mcm2 laa...

Travel to india ni diatur oleh Ustaz Ibrahim (Seorang ustaz drpd India yg bekerja di Msia)
Kitaorg travel drpd Selatan India to bahagian Utara India..
Bahagian Selatan India, cuacanya agak panas... 
kat sana kitaorg
  •  lawat Bandar Chennai (paling besar di India)
  • lawat bandar Tirunelvalli
  • bandar Karaikal,
  • Nagur,
  • Irrwaddy
  • Trichy
Bahagian Utara India, cuacanya sejuk (lebih kurang < 10 Celscius)
  • New Delhi
  • Agra 
  • Ajmer
  • Rajasthan
  • Jaipur (xdapat lawat sebab train delayed)
Kitaorang singgah dan jumpa banyak keluarga(yg membantu journey kitaorg) Semoga Allah membalas jasa mereka dengan rahmat, sakinah, dan mawaddah... Amin
  • Keluarga Ustaz Hyder Ali (kawan Ustaz Ibrahim di Chennai.. Sangat baik kerana jadi tour guide kitaorg di bahagian selatan India)
  • Keluarga Ustaz Ibrahim (di Karaikal-- Kitaorg tinggal disana selama satu malam,,)
  • Keluarga Ustaz Kassim ( di Tirunallvelli --- makan tengah hari kat sana)
  • Keluaga Yunus ( di tirunallvelli -- Kitaorg menginap kat sana)
  • Keluarga Ustaz Kassim[org lain] (di Nagur-- bantu uruskan segala tiket train)
  • Keluarga Abang Ustaz Ibrahim (di Chennai tolong uruskan pengangkutan kitaorg di Chennai)
  • Keluarga Ustaz Arif ( di Trichy-- makan dan menginap di sana)
  • Keluarga Aunt Halimah ( Kitaorg menginap kat sana selama 2 malam,,, sangat selesa)

Di bawah ni ada gambar2 yg diambil sepanjang perjalanan tu..
Sebenarnya ada 1599 gambar,, tapi aku tak larat nak upload banyak2 ^.^! ..so yg kat bawah ni je la yang mampu aku upload.. :D
Ni Memorial MGR(iaitu Mantan PM India @ Pelakon Famous) ,,, Orang2 letak telinga kat batu tu, konon2nya boleh dengar suara die bercakap XD

Ni dalam train otw to North.. bapak aku(kiri) bersama dua orang Hindi.. Kitaorg dpt maklumat bnyk drpd diorg

Ni kat Tirunallvelli,, rumah Yunus.. Aku ngan bapak aku nak ready gi masjid...

Makanan di India(vegeterian) hanya Capati, Tosai, Parotha(roti canai), Kuah dhal(di kenali 'Sambal'), dan Beriyani.. Aku dan family sampai termuntah2 makan sbb tak biasa dgn makanan diorg.. Beriyani kat sana terlalu banyak rempah.... :D

kat kedai ,,, anak Ustaz Hyder,, makan sebelum naik bas XD

Ni aku dgn ustaz arif,, makan dekat restoran berdekatan dengan Akhbar Dome,Agra.

Kenderaan ni dipanggil 'auto',,, belambak2 kat sana... Driver2 kat India sgt superb sebab mahir bwak kereta..

Time nak balik dari akhbar dome,, Dari kanan,,, Hanafi, Abah, Ustaz Arif dan Mak (kat area Utara)

Ni nak check out daripada hotel...

Ni lah, bahagian hadapan Akhbar Dome... Seni bina Islam... di Rajasthan

Kat rumah Ustaz Arif... Yg kecik tu anak Ustaz arif.. muka sebijik mcm bapaknya XD .. comel...

jalan2nya agak berdebu.. so terpaksa cover hidung...kalau tak penuh ngan segala mcm habuk.

Ni ustaz Hyder ali.. pengurus perjalanan kami di South India...

makan malam2 semasa blackout .. otw to Karaikal.. naik van berhimpit2. XD

Coklat yang sedap2 + Murah!!!

Aku dan Taj Mahal... Macam langit dan bumi kaler nya.. XD

Baru Bangun dari Tidur kat katil Train,,,, Kakak aku yg ambik gmbar.. :P

Makan kat hotel....(makanannya murah2 belaka),,, kene avoid makan daging sebab was2,,, kitaorg terpaksan jadi vegetarian... makan makanan yang vegetarian shj.

Aku dan Muhaini dihadapan Agra Fort (berhampiran hootel kat railway station)

Ni mangkuk yang dikatakan digunakan oleh para wali di India ,, Historic Object

Ni ambik gambar bersama2 keluarga Ustaz Ibrahim kat Karaikal...

makanan ni dipanggil samosa,, ada kat malaysia.. cuma yang dibuat kat india ni lebih besar dan murah :D

Budak sekolah kat depan hotel.. sedang adakan perhimpuna. aku and moini datang tengok2 :D

Ni tmpat buang sampah....

Jalan2 di kawasan taman keliling taj mahal...

Taj Mahal dari jauh. Seni bina yang mengagumkan... World Best Wonders

Cerita pasal taj mahal.... Shah Jahan dan Mumtaz Mahal

Ustaz Arif Belanja aku dan moini minum air kelapa kat sana....

Jenama kereta kat India yang famous.. TATA

Gambar bersama Keluarga Yunus (ke-2 dari kiri).... Nice House!!

Makan tengah hari di rumah Ustaz Kassim,,, sangat sedap.. beriani!!!

Ni gambar anak ustaz arif  dalam buaian,,, Namanya Tahirah... :Dcomel..and kelakar

Ustaz Arif dan anaknya.. umpama kembar siam.!!

Kesejukan!!! Dalam Train On the way to Delhi... Mcm dalam Peti Ais!!!


Keluarga Aunt Halimah and Husband(Kiri) dan My parents .... Keluarga dia sangat peramah ,, bawak kitaorg jalan2 kat kawasan sekeliling Delhi.. Semua perbelanjaan ditanggung olehnya... Kami sangat berhutang budi kepada keluarganya... Semoga Allah membalas jasa keluarganya/..

Gambar di India Gates... Diambil oleh anak Aunt Halimah(Mariyam Zakiah) ... Sebenarnya ada banyak gambar lagi.. tapi aku malasa nak upload.. banyak tempat yang kitaorg lawat..

India is actually very Unique, Attractive and Amazing,,,..
Namun, Jumlah penduduk nya sangat ramai menyebabkan kemudahan awam tidak mencukupi.... 
Kat Agra, keluarga aku kene tipu dengan seorg lelaki ni.. 
agak kesal jugak..Tapi takpe... Allah Maha Mengetahui.... BalasanNya pasti akan ada untuk lelaki tersebut... 
Walaupun ada banyak cabaran yang kitaorg hadapi,
 kitaorg tetap rasa gembira dan puas dapat lawat India..


Terima kasih kepada yang membantu kami semasa kami berada di India,,,
Especially, Kak Mumtaz's Family dan jiran-jiran 
yg tolong tengok-tengokkan rumah sepanjang ketiadaan kami di Malaysia.

Tu je la yang aku dpat ceritakan.. malasla nak tulis panjang2 :D.... 


Terima Kasih Kepada Abah and Mak and others yang support perbelanjaan kitaorg ke India...

That's All..
Bye :D


Syukran 'ala kulli haal. From your friend, moha_mohu

2 comments:

  1. Wah! bestnya travelling. hehe.. msia ni pun sy tak habis pusing lagi.hoho

    #jesse bw and follow here :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha,,saya pun sama gak.. Msia x habis pusing lagi XD

      Delete