22 April 2012

Hasil Kerja Penaja :D

Assalamualaikum w.b.t,

 Petang tadi aku "dikejutkan" [x terkejut pun] oleh message daripada Nur Afifah Ahmad Subuki di fb..

Rupa2nya dah ada pemenang untuk contest tu.... Nak tau siapa pemenang-pemenangnya?? Klik [SINI]

Petang tadi aku gunakan untuk buat header untuk Afifah ni , untuk blognya di [SINI]

Header yang aku buat untuknya adalah seperti yang kat bawah ni

Erm,, 
Aku harap OK la.. 
sebab aku pun bukannya pakar sgt buat heder lawa2.. XD

What's your opinion?? :D

That's All
Bye 



Syukran 'ala kulli haal. From your friend, moha_mohu

21 April 2012

Sembahyang Jumaat era global

Assalamualaikum w.b.t,


-------------------------------------------IKLAN-------------------------------------------

Bila tengok title tu mesti terdetik kat hati korang "ayat macam bagus je budak ni"..
 Haha, aku sendiri pun bila tengok balik terdetik kot perkataan tu :P

Tapi nak buat mcm mana? Aku dah tak da ayat lain nak guna :P

-----------------------------------------/ IKLAN /-----------------------------------------


Tengah hari Jumaat (Semalam) aku pergi masjid dengan abah, around 1.05 tghari ... Agak lambat and risau xdpt tempat kat dalam :(

Yet, bila aku lalu depan masjid tu(ada gerai), time nk dekat azan , ramai lagi org duduk minum/beli minuman dengan selamba.
Huh timbullah persoalan dlm benak aku (Cehhhh benak? Benak = fikiran/minda)....

Diorang ni asyik sibuk minum je padahal nak dekat azan dh ni,... Diorang ni datang masjid nak sembahyang ke nak minum air soya ?

Huurmmm,, Lepas tu aku masuk la dalam masjid..
Alhamdulillah ,aku dapat masuk bahagian dalam masjid (ada Air Cond) ...
bak kata pepatah "keluar dari microwave masuk ke dalam peti ais" [Jangan guna dalam karangan anda :P }

Semasa Khutbah Jumaat

Aku duduk betul2 bawah air cond, barisan tengah.. Bila start je khutbah kebanyakan kepala2 dalam masjid tu tunduk ke bawah mcm org patah tengkuk,,,,
Khusyuk benar ke mendengar khutbah??? Sampai tertutup2 mata pulak?? Haish konfirm la diorg tidur...
Bukan gambar sebenar, (dicuri dari Google)

Jadi timbul lagi satu persoalan dalam benak aku :P 
Diorang ni datang masjid nak beribadat ke? atau nak tidur?

Mendengar khutbah Jumaat dan solat dua rakaat fardu Jumaat adalah ganti kepada solat zuhur. Kedua-duanya sama penting dan sama wajib dipenuhi.

Sesetengah orang ingat solat Jumaat yang wajib dihadiri manakala khutbah Jumaat tidak dengar pun tak apa yang penting solat Jumaat. Ini adalah tanggapan yang SALAH.


Kefarduan solat Jumaat adalah untuk memberi peluang orang Islam berkunjung ke masjid mendengar pesanan agama dari khatib SEBAB

dalam kehidupan seminggu seorang lelaki muslim akan ada catatan yang dipijak kakinya ke masjid melalui kefarduan solat Jumaat.

Kalau sembahyang Jumaat x diwajibkan ke atas lelaki... Jawabnya nanti kosong la masjid tiap2 hari melainkan hari raya aidilfitri (yg bagi aku hari kebanyakan org dtg sembahyang sunat just untuk memperagakan pakaian)

Jangan jadikan kerja/aktiviti harian sebagai alasan untuk tidak bersungguh-sungguh dalam beribadat.... Hayati kenikmatan/kemanisan ibadat bila-bila masa, bila-bila keadaan, dan di mana-mana sahaja... Nanti kita dapatlah rasa  حلاوة الإيمان (kemanisan iman)

 WARNING !!!!
 THIS IS JUST MY OPINION , MY ROUGH OPINION...
AND I ADMIT IT THAT I'M NOT PERFECT EITHER :(  

 Mana-mana perkara yang salah kita betul-betulkan , mana-mana perkara yang dah betul tu kita baik-baikkan, mana-mana perkara yang dah baik tu kita amal-amalkan, mana-mana perkara yang dah amal itu kita kekal-kekalkan.. InsyaAllah kita dapat jadi insan cemerlang DALAM(tatabahasa kena jaga :P) kalangan umat terbilang,,, Amin







-------------------------------------------IKLAN-------------------------------------------

Bila dah baca entri mesti terdetik kat hati korang "ayat macam bagus je budak ni"..
 Haha, aku sendiri pun bila tengok balik terdetik kot perkataan tu :P

Bagi aku situasi tu tak wajar ,, sebab tu aku TERPAKSA cakap MACAM bagus (padahal xbagus pun)

-----------------------------------------/ IKLAN /-----------------------------------------

Lepas Sembahyang Jumaat , sementara menunggu abah habiskan amal-amalnya kat dalam kereta, aku sempat ambik gambar dalam kereta :D  Hehehehehe [Tersengih-sengih macam kerang busuk tiga segi] 




That's All

 OK, Bye :D




Syukran 'ala kulli haal. From your friend, moha_mohu

20 April 2012

SEGMEN : BLOG PILIHAN ZAMANI 84

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni saya join contest setelah beberapa lama x update blog..
Jom Join! Klik Banner dibawah utk join :D
Free je, Xperlu Yuran Pendaftaran XD 




Tarikh tutup : 24 APRIL 2012




That's All ..
. Bye :D

Syukran 'ala kulli haal. From your friend, moha_mohu