27 June 2013

Amalan buat mukmin/+at di hari Jumaat

Assalamualaikum w.b.t,

1. Membaca Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Insan dalam Solat Subuh.
"Rasulullah S.A.W membaca dalam solat fajar Jumaat
dengan Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Insan."
[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

2. Mandi
Sabda Rasulullah, maksudnya " 
Apabila tiba hari Jumaat, maka hendaklah kalian mandi." 
[Riwayat Al-Bukhari]

3. Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W
  Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya "Sesungguhnya hari-hari kamu yang paling afdal ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut, Nabi Adam dijadikan dan diwafatkan oleh Allah S.W.T. Pada hari tersebut juga akan berlaku kiamat.
Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kalian akan disampaikan kepadaku. Sesungguhnya Allah telah mengharamkan bumi daripada memakan jasad para nabi."
[Riwayat Ahmad]

4. Membaca surah Al-Kahfi
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya " Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya cahaya antara dua Jumaat."
[Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi]

5. Memakai wangi-wangian dan pakaian yang paling baik.
Sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya " Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangi-wangian dan memakai pakaian paling baik, kemudian dia pergi menuju ke masjid lalu melangkah masuk ke masjid tanpa melangkah bahu para jemaah yang berada didalamnya, kemudian dia mendirikan solat sunat sebanyak rakaat yang dia mahu, kemudian dia berdiam diri ketika khatib menyampaikan khutbah sehinggalah selesai solat, dia akan mendapat ganjaran dihapuskan dosanya antara tempoh Jumaat yang lalu sehinggalah Jumaat tersebut".
[Riwayat Al-Bukhari]

Ada banyak lagi amalan-amalan yang digalakkan pada hari Jumaat. 
Boleh rujuk majalah Solusi(post ni 100% copied from this magazine) :D







Marilah kita sama-sama menjadikan esok lebih baik daripada hari ini dengan memperbanyak amalan-amalan mulia.

Allahuma barik lana rajaba wa sya'baana , wa ballighna fi ramdhaan.
Ya Allah, berkatilah bagi kami di bulan rejab dan syaaban , dan sampaikan lah kami di bulan ramadhan. Amin.

Syukran.
 

Syukran 'ala kulli haal. From your friend, moha_mohu

0 ,581 mengulas:

Post a Comment